Sunday, July 12, 2009

Cerita Hantu

Cerita ini berlaku pada beberapa tahun yang lepas. Ketika itu aku baru berumur 13tahun. Hari-hari yang aku lalui sama seperti rakan-rakan aku yang lain tetapi aku telah mengalami pengalaman yang agak mengerikan ketika itu. Cerita ini berlaku dirumahku sendiri. Pada suatu malam aku mendapat mimpi yang agak ganjil. Dalam mimpi itu aku melalui suatu kawasan yang agak jelas dalam ingatanku. Tetapi apakah maksud mimpi ini. Aku telah berjumpa dengan buaya dan ular yang berduri panjang jarang sekali aku lihat haiwan yang sebegini. Ketika itu aku berada di dalam sampan dan sedang mendayung sampan tersebut. Oleh kerana takut aku terus mendayung sampan tersebut diatas daratan. Di daratan pula aku terjumpa satu lubang diatas tanah yang begitu biasa aku lihat. Bila aku jenguk lubang tersebut ada seorang wanita yang mempunyai dahi yang begitu lapang dan besar. Sehingga menampakkannya begitu hodoh sekali. Dia marah pada aku tanpa aku tahu apakah kesalahan ku. Dia melompat dari lubang tersebut dan cuba mencederakan ku. Tetapi aku berjaya menolaknya kembali didalam lubang tersebut dan menutup lubang tersebut dengan buluh. Dia begitu marah dan meludah kearah muka aku. Bila aku terjaga aku rasa begitu pelik sekali mimpi tadi. Aku tidak menceritakan permasalan mimpiku itu kepada kedua ibu bapa aku. Tatkala pada suatu hari bila kakak aku memyatakan sesuatu telah berlaku tehadap dirinya. Aku teringat kembali akan mimpi yang telah aku lalui. Lalu menceritakan kepada ahli keluarga ku. Barulah aku sedar bahawa mimpiku itu merupakan alamat yang tidak baik dan sebagai tanda amaran daripada sesuatu yang kami tidak kenali. Selama 2 minggu lebih rumah ku dihantui dan menimbul perasaan yang teramat takut sekali. Bila menjelang malam aku rasa semacam saja. Setiap malam selepas jam 12 malam, kami akan mendengar pelbagai bunyi yang agak pelik sekali. Bunyi tapak kaki yang tidak terhenti, bunyi anak anjing yang tidak seperti bunyi anjing, bunyi ada benda jatuh diatas bumbung rumah dan sebagainya. Gangguan tersebut berlaku selama 2 minggu bukan kami sahaja yang diganggu malah orang-orang kampung yang melalui dihadapan rumah kami pun terkena tempiasnya. Puas kami cuba untuk menghalau makluk yang menganggu itu tetapi dia gak berkeras dan enggan pergi. Makluk tersebut menyatakan didalam mimpi kakak ku bahawa kami telah memungkiri janji kepadanya. Memang ya kami telah melakukan perubahan terhadap tanah yang berada dibelakang rumah kami untuk menambahkan bahagian rumah kami. Mungkin orang yang terdahulu disitu telah menyatakan janji kepada mereka dan itulah sebab kami yang kena tempiasnya......bersambung....

Sunday, June 28, 2009

Kenangan pegi wasai bersama rakan-rakan



ini merupakan wasai dalam bahasa Brunei..bg kita air terjun yg belum di terokai lagi...
Kedudukan Limbang-Belakang SMK Agama Limbang

Saturday, June 27, 2009

Kehidupan baru yang bermula..

Tanggal 22 Jun 2009 menjadi titik permulaan kepada diriku. Pada hari tersebut aku telah melangkah ke suatu kawasan yang jarang-jarang aku terokai. Pada hari tersebut, awal hening subuh aku telah tiba di kawasan yang begitu asing sekali dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Mentari pun belum muncul tatkala aku melangkah ke kawasan tersebut. Bila aku melihat jam di tangan, ia menunjukkan jam 3.45am. Aku berfikir sendiri, "Awalnya aku tiba di sini, seoarang tiada" aku mengeluh sendirian. MUjurlah setelah 1 jam menunggu aku ternampak kelibat sebuah kereta yang di panggil teksi datang menghampiriku. Aku pun pergi kearahnya untuk ke destinasi yang sepatutnya aku tujui. Aku pun msuk ke dalam teksi. Teksi itu pun mula menyusuri jalan kearah yang aku berikan..aku terlena sepanjang perjalanan akibat penat seharian duduk di dalam bas. Setibanya aku d tempat perjuangan ku, aku telah disambut oleh dua orang insan yang aku tidak kenali di pondok jaga. Mereka menyambutku dengan ramah sekali. Di pondok jaga aku menunggu waktu, waktu untuk bermulanya kehidupan yang baru. Setibanya waktu pendaftaran aku telah melihat pelbagai jenis orang yang berjalan kesana dan kemari seakan-akan tiada arah tujuan. Begitu jugalah aku agaknya. Tapi apa yang dapat aku simpulkan disini..ini permulaan kehidupan aku yang baru. Dunia baru bagi insan yang bergelar sebagai seorang pelajar setelah sekian lama tidak dijenggah dengan pangilan tersebut. Disini semua berbekalkan iltizam dan semanggat yang kukuh. Semua ingin berjaya dan menjadi bakal pendidik yang cemerlang mendidik anak bangsa. Aku juga begitu, kehidupan aku bermula setelah mendapat sutu kunci..kunci yang akan menempatkan aku untuk masa-masa aku disini. Aku pun berjalan merentas jalan yang agak tandus dan sungai untuk ke tempat aku di tempatkan. Satu-persatu kaki melangkah meniti anak tangga dengan penuh debaran. Dihati tersimpul seribu satu persoalan kehidupan yang bagaimanakah yang akan aku jalani disini....Bersambung...