Saturday, June 27, 2009

Kehidupan baru yang bermula..

Tanggal 22 Jun 2009 menjadi titik permulaan kepada diriku. Pada hari tersebut aku telah melangkah ke suatu kawasan yang jarang-jarang aku terokai. Pada hari tersebut, awal hening subuh aku telah tiba di kawasan yang begitu asing sekali dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Mentari pun belum muncul tatkala aku melangkah ke kawasan tersebut. Bila aku melihat jam di tangan, ia menunjukkan jam 3.45am. Aku berfikir sendiri, "Awalnya aku tiba di sini, seoarang tiada" aku mengeluh sendirian. MUjurlah setelah 1 jam menunggu aku ternampak kelibat sebuah kereta yang di panggil teksi datang menghampiriku. Aku pun pergi kearahnya untuk ke destinasi yang sepatutnya aku tujui. Aku pun msuk ke dalam teksi. Teksi itu pun mula menyusuri jalan kearah yang aku berikan..aku terlena sepanjang perjalanan akibat penat seharian duduk di dalam bas. Setibanya aku d tempat perjuangan ku, aku telah disambut oleh dua orang insan yang aku tidak kenali di pondok jaga. Mereka menyambutku dengan ramah sekali. Di pondok jaga aku menunggu waktu, waktu untuk bermulanya kehidupan yang baru. Setibanya waktu pendaftaran aku telah melihat pelbagai jenis orang yang berjalan kesana dan kemari seakan-akan tiada arah tujuan. Begitu jugalah aku agaknya. Tapi apa yang dapat aku simpulkan disini..ini permulaan kehidupan aku yang baru. Dunia baru bagi insan yang bergelar sebagai seorang pelajar setelah sekian lama tidak dijenggah dengan pangilan tersebut. Disini semua berbekalkan iltizam dan semanggat yang kukuh. Semua ingin berjaya dan menjadi bakal pendidik yang cemerlang mendidik anak bangsa. Aku juga begitu, kehidupan aku bermula setelah mendapat sutu kunci..kunci yang akan menempatkan aku untuk masa-masa aku disini. Aku pun berjalan merentas jalan yang agak tandus dan sungai untuk ke tempat aku di tempatkan. Satu-persatu kaki melangkah meniti anak tangga dengan penuh debaran. Dihati tersimpul seribu satu persoalan kehidupan yang bagaimanakah yang akan aku jalani disini....Bersambung...

No comments:

Post a Comment